Quantcast
Channel: ME, MYSELF AND I
Viewing all 147 articles
Browse latest View live

KUEY TEOW KUNGFU

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hari ni PKP ke 40 yang merupakan hari ke 3 kiata berpuasa.
Hari ni sis masak kuey teow kungfu je sebagai juadah berbuka puasa. Trend kami sekeluarga, kalau dah makan kuey teow kungfu ni, maknanya ini je lah makanan berat kami. Takde nasi dah ye. Kami akan makan kuey teow sorang semangkuk je. Alhamdulillah... Tak seperti orang lain, yang akan makan nasi pulak lepas tu. Atau ada juga yang akan cakap..haishhhh tak blh laa kalau takde nasi.. Sebenarnya ia bergantung kepada diri masing-masing. Hehehe... Bulan puasa ni adalah bulan kita bersederhana lebih-lebih lagi dalam penyediaan makanan. Kalau ikutkan hati blh je sumbat macam-macam. Tapi siap lah badan korang akan naik 2-3 kali ganda bila habis bulan ramadhan. Itu blm kira lagi menjelangnya syawal. Lemang. ketupat, lontong, rendang, kuih bangkit, almond london, mee kari dan macam2 lagi..Siapkan lah baju yang ukurannya lbh 1 saiz dari yang sebenar ye..
Untuk resepi kuey teow kungfu ni, sis pernah share kan resepi bihun kungfu. Blh klik link di bawah. Cara lbh kurang sama je.
https://jumeezaila.blogspot.com/2011/08/bihun-kungfu-dari-melben.html?m=0





KUEY TEOW KUNGFU
Bahan-bahan 
sediakan kuey teow secukupnya (sebungkus tu tak habis utk kami bertiga.)
3 biji telur ayam(1 biji utk 1 mangkuk kuey teow)
2 keping isi ayam -potong nipis
4-5 ulas bawang putih-dicincang
1/2 biji bawang besar-potong kiub
sayur-sayur spt di bawah
-kacang buncis
-capsicum
-cailiflower
-brokoli
-sawi jepun
-carrot
-cili merah
-1/2 BIJI TOMATO(TAKDE DLM GAMBAR PULAK)
-beberapa biji cili padi-belah 2
2 sudu sos tiram
1 kiub ayam 
1 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air
2 cawan air-ikut banyak mana kuah yang dikehendaki
sedikit serbuk lada hitam
garam secukupnya

Cara penyediaan kuey teow
1. Ambil sedikit kuey teow(utk 1 org makan), letak dalam mangkuk.
2. Pecahkan sebiji telur dalam cawan dan pukul sedikit telur. Dgn kata lain kocak2kan telur tu dgn garfu. 
3. Tuangkan telur dlm mangkuk yg ada kuey teow tadi.
4. Sebelum tu, panaskan lbh kurang 1 cawan minyak dalam kuali melengkung.
5. Bila minyak dah panas, tuangkan kuey teow yang ada telur tadi ke dalam kuali.
6. Biarkan bahagian bawah garing, kemudian terbalikkan. Angkat dan letak toskan sekejap atas penapis santan supaya tidah berminyak sgt.
7. Letak dalam mangkuk dan buat lagi yang ke 2 dan ke 3.


Cara-cara penyediaan kuah.
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam. Balik-balikan isi ayam.
3. Masukkan 2 cawan air, serbuk lada sulah/lada hitam, kiub ayam, garam secukupnya dan biarkan mendidih.
4. Masukkan sayur dan biar sekejap supaya sayur lembut. Jangan terlalu lama, nanti sayur terlalu masak.
5. Last sekali letak air tepung jagung utk pekatkan kuah. Agak-agak kalau tak cukup pekat lagi, tambah lah tepung jagung ikut kesesuaian. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika ada.
SELAMAT MENCUBA.







MACARONI GORENG

$
0
0
Assalamualaikum wbt

Hari ni PKP ke 41 yang merupakan hari ke 4 kita berpuasa. Hari ni sis masak macaroni goreng utk berbuaka puasa. So takde nasi ye. Kita makan macaroni je ok. Jom tgk resepi muda cara sis.


MACARONI GORENG
Bahan-bahan:
3 keping dada ayam-dikisar(sis guna food processor)

1 bungkus macaroni -direbus hingga masak.(sis buat banyak utk diagihkan kepada jiran depan dan blkg rumah)
5-6 ulas bawang putih-dicincang halus
1 biji bawang besar-dipotong dadu
3 senduk cili kisar
sedikit sos tiram
1/2 cawan sos cili (lbh pun takpe supaya rasa manis2 sos cili)-sis taknak buat manis
2 sudu besar kicap-jgn byk nanti jadi mee goreng pulak hehehe
Sayur-sayur yang sesuai lah ye
-2 pokok sawi
-11/2 batang lobak merah
3 tangkai kobis bunga
3 tangkai brokoli
5 batang kacang buncis
1 biji tomato didadu
1/2 biji cili merah
1/2 biji capsicum(lupa nak letak hehehe)
1 kiub ayam
Garam jika perlu

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan cili kisar dan biarkan hingga cili masak.
2. Masukkan ayam kisar dan kacau-kacau supaya ayam masak. Masukkan sedikit air. Kacau lagi.
3. Masukkan sayur, sos cili, sos tiram, kicap, kiub ayam dan garam.
4. Masukkan macaroni dan gaul sebati.
5. Untuk masak pasta ni, daging (isi ayam) kena banyak menutupi macaroni baru lah sedap). Sis ni pun dah kira kurang isi ayam nya. Tapi ok je, dah sedap sangat dah heheh.
6. Kacau-kacau macaroni sekejap je sbb macaroni dah masak. Bila dah sebati, tutup api dan sedia dihidang utk berbuka puasa.




#pkpfasa3day14
#quarantineday42
#4ramadhan2020
#quarantineday42
#stopcovid19

STIM IKAN SIAKAP SIMPLE

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 42 yang merupakan hari ke 5 kita berada di bulan Ramadhan. Sengaja tulis kapsyen ni, supaya kita akan ingat sampai bila2 kenangan PKP sempena covid19 ni.
Hari ni sis buat ikan siakap kukus sebagai menu utk berbuka puasa. Kita selang seli antara makanan goreng-goreng dengan nasi.

Tapikan...disebabkan PKP ni, tak semua bahan yang kita perlukan tu ada di rumah. Jadinya, untuk kukus ikan hari ni, sis belasah je guna jeruk mangga dalam peti ais sebagai bahan tambahan. Limau pun dah kehabisan stock dah hehehe,...



Siakap kukus jeruk mangga
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap-dibersihkan dan masukkan dlm kuali

5 ulas bawang putih-diketuk
1 biji bawang bear dimayang
1 1/2 inci halia di mayang
beberapa biji cili padi-dibelah dua
1/2 batang lobak merak d potong nipis
 2 tangkai kobis bunga
Beberapa helai daun limau purut
2 batang serai diketuk
sedikit jeruk mangga-utk dapatkan masam manis
dari jeruk mangga
sedikit sos tiram
garam secukupnya
2 cawan air


Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam kuali dan tenggekkan di atas dapur
Tutup kuali dan biarkan mendidih atau sehingga ikan masak.
Cara ni lagi senang dan ikan akan cepat masak.

#pkpday42
#5ramadhan2020
#stayathome
#stopcovid19
#quarantineday42
#pkpfasa3day13

SOTONG GORENG BEREMPAH

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP fasa 4 bermula yang menjadi hari ke 43 pkp keseluruhannya. Hari ni juga merupakan hari ke 6 ramadhan. Sedar tak sedar dah 6 hari kita berpuasa.
Hari ni kita masak simple sangat iaitu sotong goreng berempah je. Masak sotong goreng berempah ni sangat senang dan sedap pun boleh tahan jugak. Boleh lah utk menambahkan selera berbuka kan..


SOTONG GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan:

300 gram sotong-dipotong, digaul dengan kunyit dan sedikit garam.

3 ulas bawang putih diracik/diketuk/dikisar
1/2 biji bawang besar-dimayang
1 inci halia dimayang
2 tangkai daun kari
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau
3-4 biji cili padi dibelah2
2 sudu besar rempah kari (semasa menyudu tu biar membukit lah karinya ye)
1/2 cawan minyak untuk menumis-tambah lg jika perlu semasa proses letak rempah kari.

Cara-cara:
1. Tumis daun kari, bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Masukkan sotong dan biar ia mendidih utk keringkan sedikit air sotong
3. Taburkan rempah kari. Jika semasa proses ni, rempah kari akan meresap minyak dan nampak kering, tambahkan lagi minyak masak supaya dapat garingkan rempah kari tadi. Masukkan juga sedikit air supaya kari tak kering...(nanti susah dia nk mendidih ataupun pecah minyak)
4. Masak hingga rempah kari tu pecah minyak. Kemudian masukkan cili besar merah dan hijau.
5. Kacau sekejap dan tutup api.
6. Sedia dihidang.



#6ramadhan2020
#pkpfasa4day1
#quarantineday43
#stopcovid19

TEPUNG PELITA

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 44, hari ke 2 pkp fasa 4. 
Hari ni juga adalah hari ke 7 kita berpuasa. Sedar tak sedar dah seminggu dah kan... Betapa cepatnya masa berlalu.
Jom nak story sikit pasal kuih tepung pelita ni.
hari ke 44: KUIH TEPUNG PELITA: Sejak kecik, sis sgt mengidolakan arwah mak sis dalam membuat kuih2 tradisional. Sayangnya sis tak berkesempatan utk belajar sbb dia pergi tinggalkan sis sejak sis berumur 12 tahun. Tiap kali ramadhan sis x pernah lupakan kenangan yg sedikit bersama arwah. Bila dah start anak besar2 ni, barulah sis merajinkan diri mencuba membuat kuih2 tardisional ni... Kalau tak, tak buat lah kalau setakat sorang nk makan. 

Kuih2 tradisional spt tpg pelita, dodol kukus dan kuih tapak kedidi adalah menjadi kepakaran arwah mak yg sgt ssh nk dpt kuih-kuih tu di zaman skrg ni. Cerita pasal kuih tepung pelita ni, semasa kecik, sis sgt terpesona dgn kehebatan arwah mak dlm seni membuat kotak sampan utk kuih tpg pelita.. Kadang-kadang bila main masak-masak dgn kawan-kawan pun sis berangan dok melipat daun pisang buat kotak sampan ni. Maka tak hairanlah yg sis mmg hebat dlm membuat nya juga hehhee... Leka je bila dpt membentuk kotak2 ni. Tapi tu lah, klu ikutkan dgn makannya, tak berbaloi dgn buat... tp sis mmg seronok mengasah skill buat kuih tepung pelita ni.. nak dpt konsistensi kuih ni mmg kena byk try n error. Kalau tgk pada kotak sampan yg sis buat tu, kira byk la tu..oklah kan, kita buat kuih ni, hantar jiran depan sikit, jiran blkg sikit dan jiran tepi sikit. Alhamdulillah semua dapat merasa...

Kalau dulu2 sis buat kuih tepung pelita ni main agak2 je campurkan bahan-bahan tepung dan santan. Ambil sikit dan kukus... tak cantik, tambah lagi sikit tepung sampailah dapat konsistensi yang dikehendaki. Baru-baru ni terbaca satu post cara buat kuih ni yang di kongsi oleh seorang kawan. So sis nak cuba buat kuih ni ikut sukatan yang betul. Cuma, pada sis, masih perlu diubahsuai sedikit supaya kuih ni lebih lembut dan cair dimulut. Eh betul ke ayat ni... hahahah... Maknanya, next time sis akan cuba kurangkan 1-2 sudu lagi tepung supaya betul2 sama mcm mak sis buat dulu.
Ok jom tgk resepinya
** terima kasih kepada pemilik facebook: Fatihah Ali kerana sudi share sukatan sebenar utk buat kuih ni sebagai panduan kita semua. Moga ilmu berpanjangan ni dapat mengalir pahala buat dirinya.

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA

Lapisan bawah:
1 1/2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air daun pandan(warna hijau)
3 sudu besar santan(50 ml)

Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
2 3/4 cawan air
Baki santan kotak(150 ml)
1 sudu kecil garam(atau 1 1/2 sudu kecil garam)

Cara-cara:
1. Letak 1/2 sudu kecil gula dalam sampan
2. Masukkan adunan lapisan bawah dan kukus lebih kurang 5 minit
3. Lepas 5 minit, masukkan adunan lapisan atas yang berwarna putih.
4. Kukus lagi 5 minit dan siap. Pastikan wap air tak terkena kuih supaya kuih licin dan cantik
5. Kejadian kuih sis tak berapa cantik sbb air wap dok menitik je. Takpe kita cuba lagi.




gigih tak sis buat sampan ni???








KARIPAP PUSING

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 44, yang merupakan hari ke 3 pkp fasa 4.
Sedar tak sedar dah 7 hari kita berpuasa kan. Karipap pusing ni sis dah buat pada hari selasa lepas (28/4/2020)..Cuma baru bkesempatan nak upload kat sini. Banyak sgt senarai menu berbaris...hehehe...
Cerita pasal karipap pusing ni, sis mula-mula belajar macam mana nak pusing karipap ni ialah ketika sis berada di bumi Melbourne semasa mengikut suami yang menuntut di sana pada tahun 2009-2011. Maklumlah, masa tu menjadi surirumah sepenuh masa, makanya banyak masa dok main masak-masak je. Sis mula-mula belajar dengan seorang kawan yang blh la di kira pangkat adik-adik je pun, tapi sangat hebat dalam memasak ni. Sis mula belajar untuk menulis blog ni pun daripada dia juga.Adik ni lah..yang tolong buatkan blog utk sis yang buta IT ni.. Hehehe besar jasanya kan...
Bila dah tahu skill, rasa seronok pulak buat karipap pusing ni. Bab klim karipap ni pun menjadi kesukaan sis yang dari kecik memang sgt admire bila tgk makcik-makcik blh klim karipap ni. Walaupun tak cantik mana pun, tapi sis tetap bangga dgn kehebatan sis ni ...Hahahah klim karipap je pun..tapi bukan lah kategori rajin nak buat pun...Hikmah PKP ni, adalah masa utk menguli, lebih2 lagi anak dara pun ada kat rumah. Ini lah masanya nak bagi dan turunkan skil kat anak dara sis pulak kan.... Biar dia belajar mengelim karipap pulak hehehe...
Untuk lebih mudah, sis jadikan blog Dapur Tanpa Sempadan sebagai panduan untuk buat karipap pusing ni. Senag sikit bila tgk step by step dari blog tu..takdelah sis terkial-kial nak recall balik ilmu yang belajar di Melbourne 10 tahun dulu kan....
Blh la klik sini sbg rujukan... Dan blog ni menjadi idola sis jugak bila perlukan rujukan resepi-resepi. InshaAllah... kalau ikut betul2 resepi dari blog ni, masakan kita akan menjadi dgn jayanya.. hehehe...
https://www.tiffinbiru.com/2009/04/karipap-lapis.html



Inti Karipap:
5-6 biji kentang-dipotong dadu(tugas anak dara sis la ye)
6 biji bawang putih-ditumbuk
1 biji bawang besar di dadu
2 sudu besar udang kering-rendam dan kisar
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari(blh ejas kurang lebih)
2 tangkai daun kari
sedikit gula melaka
garam secukupnya
Sedikit air (1 cwn atau lbh-utk empukkan kentang)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis daun kari, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan udang kering.
3. Masukkan rempah kari dan diikuti dgn kentang. Gaul sebati.
4. Masukkan air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sesekali kaup balikkan hingga kentang empuk.
5. Tutup api dan masukkan dalam bekas.

Doh Karipap:
A
260 g tepung gandum
50 g margarine
20 g gula halus
1/4 camca teh garam
140 ml air (kurang lebih)

B
180 g tepung gandum
80 g lemak sayur (shortening
)



Cara-cara:
  1. UNTUK PASTRY :- Satukan semua bahan2 "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).
  2. Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh "A" dan "B", selama 20 minit. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.  ***sis bahagikan doh menjadi 3 bahagian***
  3. Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan seperti gambar rajah. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
  4. Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.
  5. Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak seentak, mat goreng 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh dihidangkan....





Haa dah nampak cantik dah hasil anak dari sis mengelim ni...
dah taktau mana yang mama buat, mana yg dia buat...

Abaikan lah warna gelap karipap tu. Goreng pun 4 biji je itupun tinggal 2-3 min nak berbuka. Kelam kabut dibuatnya. Yang lain, digoreng separa je untuk di frozenkan... blh buat moreh atau sahur anak dara sis.


BIHUN GORENG

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 44 merupakan hari ke 2 PKP Fasa 4.
Hari ni kami berbuka kuih tepung pelita dan bihun goreng. Rata-rata memang dah tau macamana nak goreng bihun ni kan. So layan je la resepi mudah kat bawah ni.


BIHUN GORENG
Bahan-bahan

1/2 bungkus bihun-rendam air panas sekejap je
4 ulas bawang putih-ditumbuk
1/2 biji bawang besar-ditumbuk
2 sudu besar cili kisar
12 ekor udang sederhana besar
2 batang sawi
10 biji bebola ikan-belah 2
sedikit taugeh
2 biji telur
2 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar kicap lemak manis
sedikit cili merah dan cili hijau

Cara-cara:
1. Tumis cili kisar, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan cili garing.
2. Masukkan udang, fishball dan sayur
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis dan sedikit air.
4. Masukkan garam dan pecahkan telur. kacau seketika.
5. Masukkan bihun dan gaul rata.
6. Bila dah sebati dan bihun dah masak, tutup api dan sedia dihidang.
7. Taburkan taugeh dan cili.

ONDE-ONDE LABU

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 45. Hari ke 3 PKP Fasa 4.  Seperti biasa pemanis mulut hari ni kita pilih onde-onde labu. Sebenarnya penat dah nak merepek banyak-banyak, jom la kita pergi ke resepinya.

RESEPI ONDE-ONDE LABU
Bahan-bahan:

250 gram labu kuning-dikukus hingga lembut

4 sudu besar tepung pulut
gula kabung secukupnya dan dipotong kiub-rujuk gambar
kelapa parut secukupnya digaul dgn sedikit garam

Cara-cara:
1. Labu dikukus. -sis stim dlm presure cooker (piuk noxxa 5 minit je)
-lenyek kan labu dgn senduk
2. Sementara tu, didihkan air dalam periuk.
3. Masukkan 4-5 sudu besar tepung pulut ke dalam labu yang telah dilenyek tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh(rujuk gambar). Jika masih lembik, tambahkan tepung pulut lagi sedikit demi sedikit.
4. Ambil sedikit doh dan masukkan gula kabung di dalamnya dan gentel bulat-bulat. Masukkan ke dalam air mendidih. Boleh juga buat dulu banyak2 dan letak dalam piring.
5. Bila kuih onde-onde dah masak, ianya akan timbul. Cedok menggunakan penapis teh besi. kalau penapis plastik, takut pulak cair penapis tu nanti.
6. Angkat onde-onde dan masukkan ke dalam bekas berisi kelapa parut. Golek-golekkan sehingga kelapa menutupi kuih tersebut. Pindahkan ke dalam bekas dan sedia dihidang sebagai juadah berbuka puasa.

 Agak-agak menjadi doh spt ni
 gula kabung dipotong kiub

 buat banyak2 dulu sblm dibenam ke dalam air mendidih




 
Bila dah angkat, golekkan dalam kelapa parut ni
 Taraaa..cantik kejadiannya....





Inilah rupa gula kabung yang diimport khas dari Kg Peruang, Benta. 






AYAM KAM HEONG

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 45, merupakan hari 3 pkp fasa 4.  Juga merupakan Ramadhan ke 8. Sebenarnya kepala dah buntu nak masak menu berbuka puasa. Nak masak lauk kuah2 macam asam pedas, masak lemak, kari dan sebagainya, rasa macam tak nak pulak.
Ok lah.. hari ni kita masak ayam kam heong dan buttermilk chicken. Oleh kerana lauk ni kering sangat, takut pulak en suami takleh nak makan sbb takde kuah..Makanya sis gandingkan dengan sup sayur. Buat sikit-sikit je sesuai lah untuk makan bertiga ni kan. Onde-onde labu sebagai pemanis mulut.


RESEPI AYAM KAM HEONG
Bahan-bahan:

250 gram dada ayam(atau isi ayam bhg lain pun blh)
-potong kecil
3 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang merah-potong dadu
2 tangkai daun kari
3-4 tangkai cili kering di kerat 2 atau 3
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap pekat manis
sedikit air (1/4 cawan)
Garam jika perlu(sis tak letak sbb sos di atas dah masin)
minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara:
1. Ayam dipotong kecil, digaul garam kunyit dan goreng separuh masak. Jangan terlalu garing, nanti isi ayam akan keras.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit utk menumis
3. Tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan cili kering. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari(api perlahankan), sos tiram, sos cili dan kicap. Masukkan air dan kacau rata. Biarkan kari dan sos sebati dan pecah minyak.
5. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup api dan sedia dihidang.

*** resepi buttermilk chicken pada next page ye..tq




Resepi onde-onde labu klik link di bawah ni....
https://jumeezaila.blogspot.com/2020/05/onde-onde-labu.html





BUTTERMILK CHICKEN @ AYAM MENTEGA

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 45, hari ke 3 pkp fasa 4. * Ramadhan 2020.
Selain dari masak ayam kam heong, hari juga kami masak buttermilk chicken oleh chef Aamira. Alasannya, masak moden-moden ber'mentega' ni tak berapa kena dengan tekak en suami. Makanya kita buat sedikit ayam buttermilk dan sedikit ayam kam heong. Kalau ikut pada en suami, tak payah masak banyak jenis lauk... tapi si isteri dan si anak ni takut yang si abahnya tak blh nak telan kang...haaa parah... lauk lain takde nak jadi back up kan. So, kita masak je siap-siap lauk ayam kam heong... resepi ada di page sebelah... blh je klik link kat awah...
https://jumeezaila.blogspot.com/2020/05/ayam-kam-heong.html


RESEPI BUTTERMILK CHICKEN @ AYAM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:

250 gram isi ayam-potong kecil/kiub
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
3 ulas cili padi-dihiris
1/2 cawan susu
1/4 cawan whipping cream
1 sudu besar mentega
garam secukupnya

Cara-cara:
1. Ayam dibersihkan. Gaul dgn garam, kunyit dan tepung jagung.
2. Goreng tenggelam hingga garing.
3. Keluarkan minyak.
4. Masukkan butter dalam kuali dan tumis bawang putih dan daun kari.
5. Masukkan cili padi.
6. Tuangkan susu cair dan whipping krim.
7. Masukkan garam dan ayam. Biarkan mendidih,
8. Jika kurang pekat, blh lah bancuh 1 sudu teh tepung jagung dgn sedikit air(dalam 4-5 sudu air macam tu).
9. Tutup api dan sedia dihidang.




CARA TANAM TAUGEH DI RUMAH DI MUSIM PKP

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 46... 9 Ramadhan dah kan.. kejap je rasanya.
Hari ni sis nak share rasa keterujaan sis yang dapat tuai hasil tanam taugeh yang buat sendiri di rumah. Dia punya excited, perghhh memang takleh bincang dah Happy sesangat.. Tak habis-habis dok tenung hasil kejadian taugeh dalam gambar yang sempat sis snap tadi. Di musim PKP ni, dah macam2 kerjaya dah sis dapat.. Dari tukang masak(mmg xle nak elak dah), kemudian beralih kepada tukang gunting dan sekarang dah menjadi pengusaha taugeh pulak. Sis dok berangan-angan nak ternak cendawan je masih x dapat lagi hehehe...

Ceritanya bermula, bila sis tengok seorang kenalan yang post gambar taugeh hasil tanamannya di rumah di musim PKP ni. Tengok gaya penyediaan untuk tanam taugeh ni nampak macam mudah je, makanya sis pun mulakan langkah untuk tanam taugeh jugak. Mula-mula sis hadam cara dia sediakan tapak utk letak taugeh-taugeh ni, 2-3 hari jugak la dok hadamnya. Tak cukup dengan itu, cari pulak melalui cik google cara-cara tanam taugeh di rumah.Memang teruja betul nak buat ni...
Beberapa faktor telah pun di ambil kira. Maka dengan penuh semangatnya sis pun mulalah operasi. Taugeh ni nak kena tempat gelap, oklah sis tengok dia balut dgn plastik sampah warna hitam, sis ikut langkah tu. Lepas tu dia cakap, tauge tu kena tindih dgn benda yang berat supaya taugeh tu dapat membesar dgn jayanya. Lagi berat lagi gemuk taugeh tu. Ada tu cakap, kalau tindih dengan lesung batu, lagi cepat taugeh tu gemuk. Apa lagi, sis pun henyak le taugeh tu dgn mak lesung yang berat. Sudahnya, di hari penuaian taugeh tu... Sis sgt2 teruja...Bila sis bukak...Sis dapati taugeh sis kurus kering dan tak menjadi. Adoiyai..apa dah jadi sebenarnya. Sakit kepala dok pikir di mana silapnya.
Pikir punya pikir... sambil tu sis tanya jugak cik google.. Ada juga tengok melalui youtube, ada di antaranya mcm complicated jugak nak buatnya. Ada tu rendam air suam lah..itu ini..adoiyaii..takut dah nak buat ni.
Sehingga lah berjumpa dgn satu blog ni, dia tunjuk cara mudah utk tanam tauge ni.
https://www.mingguanwanita.my/guna-periuk-pengukus-tanam-taugeh-sendiri-syaratnya-siram-4-kali-sehari-simpan-tempat-gelap-1/
Ok sis baca cara-caranya dan hadam betul-betul step by step. Dan menurutnya, nak buat taugeh ni pun ada pantang larangnya, walaupun cara dia cakap tu dalam nada bergurau, kekadang mcm ada logik jugak hahaha.. Macam pantang larang orang nak buat tapai jugak kot.. Nampak mengarut tapi ada logik kat situ.. Entahlahhhh... Mitos semata-mata semua tu.. Jadi u ols takyah lah nak ambik serius sangat.

Antara pantang larangnya yang boleh membuatkan sis dan anak sis dok gelak tak habis-habis..
1- Kalau tuannya terlebih excited, nanti tauge tak jadi
2- Jangan digodek-godek kacang tu, nanti dia merajuk terus tak jadi
3-Jangan dibelek-belek, ditenung-tenung, dimanja-manja taugeh tu..kalau langgar pantang, jadi arwah la taugeh tu macam yang sis buat mula-mula tu

Hasil dari kerja keras si menanam taugeh ni buat kali kedua, maka kejadiannya sangat la cantik dan sudah cukup membuatkan sis merasa bangga terlebih-lebih. Hehehe
Cantik tak????? Gambar taugeh sis?



Bahan-bahan untuk buat taugeh
1 genggam kacang hijau.
periuk pengukus
tuala good morning atau kain lap dapur yang bersih. (jangan ko guna kain lap kaki sudah)

1. Mula sediakan segenggam kacang hijau. Basuh bersih-bersih(tak sempat ambik gambar sbb masa ni takut dgn sumpahan kacang ni, takut tak jadi). Sis rendam pagi dalm pukul 10 macam tu. Malam, Lepas terawih dah boleh mulakan langkah-langkah di bawah.
Mula-mula basahkan tuala dan bentang atas periuk kukus. toskan kacang dan susun dalam periuk kukus macam di bawah. Basahkan kain tuala lagi satu dan letak atas kacang hijau tu. 
Kemudian, siram air pada tuala biru tu perlahan-lahan supaya kacang tak berterabur.

2. Tutup periuk pengukus tu seperti gambar di bawah.
 3. Lepas tu simpan ditempat gelap. Sis ada bilik stor/pantry so letak situ. Sebab nak gelap, masuk dalam laundry bag(x letak pun takpe. Just tutup dengan kain gelap. Ini kes terlebih excited je...

4. Step seterusnya.... Pagi esok ambik periuk tu, buka dan siram lagi atas kain tu. Buang air yang bertakung pada periuk bawah sekali tu. Tak payah bukak kain utk siram. just siram je atas kain tu.siram 4x sehari. Sis dapat siram 3 kali je sbb takut tak jadi kejap angkat bukak, kejap tutup..heheh..kes seram takut tak jadi lagi taugeh sis. Lagi banyak siram lagi baik untuk tumbesaran taugeh ni. 
Sis rendam hari selasa pagi, malamnya dah letak dalam bekas dan simpan. Rabu keluarkan dan siram 4x sehari. Khamis buat langkah yang sama. Sepatutnya, menurut cik google, hari khamis petang dah blh tuai. Tapi sis delay 1 hari hari lagi. Hari Jumaat, lepas suboh, dgn perasaan terujanya, sis bukak bekas tu dan hasilnya sgt menggetarkan jiwa raga sis ni. 









kerahan tenaga. Semua kena bagi kerjasama dalam proses pembersihan.

Ok selamat mencuba ye kenkawan semua....
Inilah gara-gara musim PKP ni, macam-macam boleh jadi. Buat taugeh yang tak pernah terlintas di fikiran utk membuatnya. pun blh jadi satu kerja pulak kan...Hahahah jom la kita pakat buat taugeh kat rumah. senang, bersih dan bebas bahan kimia.

Kalau tak faham penerangan sis ni, sila klik pada link kat atas tu... ikut step by step caranya..Inshallah anda berada di landasan yang benar.

#projekmusimpkp
#stayathome
#dudukdirumahdiamdiam
#9ramadhan1441

LAKSAM

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 46... Hari ke 4 pkp fasa 4. 9 Ramadhan 2020

Sebenarnya nak buat laksam dah lama rancang, cumanya sis tengah tunggu kejadian taugeh yang sis tanam sendiri menjadi dengan jayanya. Alhamdulillah..hari ni sis dah tuai taugeh sis yang sangat cantik akan kejadiannya. Puas hati dapat makan hasil tanam sendiri kan. Jadinya hari ni, sis buat laksam yang sangat femes di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Dulu, masa kecik-kecik selalu tengok arwah mak gigih buat laksam bila tiba bulan ramadhan. Sis sangat bertuah mempunyai mak yang pandai memasak walaupun detik bersama arwah mak tak lama...iaitu setakat sis berumur 12 tahun je. Tetapi memori itu terpahat di hati lebih-lebih lagi bila tiba bulan ramadhan. Walaupun sis tak berapa rajin sangat tapi, seni memasak tu memang dah ada dalam diri sis ni, yang mungkin menurun dari arwah mak kot. Hehehe...

Cerita nak buat laksam ni, bab kuahnya, ok lagi..tapi kalau bab nak buat isi laksam ni, sis memang ada letih sikit. Tiap kali nak buat, tiap kali tu lah sis menggoogle cari resepi. Cuma kalau tak hati-hati, dapat salah resepi..haussss.... dapat pulak masa dah singkat nak berbuka puasa, lagi parah bila nko takde back up makanan lain..nko rase????? Memang cari nahaslah jawabnya kan.
Maka hari ni, sis tak sempat nak google banyak, utk cari resepi laksam ni dek kerana keterujaan tak habis lagi pasal taugeh sis tu.. Hahahaha... dipendekkan cerita, sis terus pm je kawan sis, yang sis tau dia mmg pakar dalam buat laksam ni. Keberangkalian utk tak jadi tu, tipis lah sikit kan... Ok, resepi tu, sis share kat bawah ni ye...

RESEPI LAKSAM
Bahan-bahan:

2 cawan tepung besar
1/4 cawan tepung gandum
secubit garam
3 cawan air sejuk (dalam resepi guna 2 cwn air panas dan 1 cwn air sejuk)-sis guna air biasa je
1 sudu minyak

Cara-cara:
Campur semua bahan dan gaul sebati.

Panaskan kukusan hingga mendidih. Sapukan minyak pada penutup periuk dan letak dalam kukusan. Kemudian tuang air bancuhan ke dalam tutup periuk dan kukus lebih kurang 5 min sehingga naik gelembung pada adunan yang telah masak.
Angkat dan gulung. Melalui pemerhatian sis, kalau kita gulung panas-panas, adunan tu akan melekit-lekit sedikit. Biarkan sejuk baru gulung.
Ulang langkah hingga adunan siap.

Kuah laksam

500 gram ikan parang (ikan ni je yang ada dlm peti ais)
-rebus dan asingkan isi dgn tulang.
4 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 keping asam gelugur
gula dan garam secukupnya
1 kotak santan KARA

Cara-cara:
1. Kisar tulang ikan dgn air rebusan, tapis dan ambil airnya.
2. Kisar isi ikan dgn air. Masukkan juga bawang, halia dan lada hitam. Tuang ke dalam periuk. Tambahkan sedikit air lagi. Agak-agaklah ikut kepekatan ikan tu ye. 
3. Masukkan asam keping, gula dan garam. Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan santan.
4. Kacau supaya santan tidak berketul. Bila dah masak, tutup api dan sedia dihidang.

Sambal
Bahan-bahan: Cili kering, belacan, dan garam
Ambil cili kering secukupnya. rendam air panas.
Tumbuk dgn belacan dan garam hingga lumat.

Ulam-ulam
taugeh(yang sis tanam sendiri-hehehe)
daun kesum
daun selasih
kacang-sis tak letak
kobis-sis tak letak





RESEPI SHELL OUT MUDAH

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP he 47, Hari ke 5 PKP Fasa4.
Hari ni kita berbuka dengan shell out. Lama dah berhajay nak buat shell out ni. Tapi tu lah kan..dok tergendala disebabkan bahan-bahan yang tak berapa nak ada kat rumah ni kan. Malam semalam sis terpandangkan satu video di insta (@yatiekitchen) bagaimana cara mudah nak buat shell out. Terdetik juga dalam hati nak buat. Dok pikir-pikir, bila lah blh keluar ke pasar. Dalam peti ais sis pun hanya ada sedikit lebihan udang baru/segar  yang beli awal puasa hari tu. Dok pikir nak cari ketam dan sotong.
Tetiba pagi tadi ada kawan datang jual ketam yang baru naik, masih hidup lagi ketam tu. Ibarat seperti Pucuk dicita ulam mendatang.. Terus setuju je bila en suami nak beli ketam tu dan ayat yang  keluar dari mulut sis ialah, ok hari ni nak buat shell out. Cuma sotong je yang takde di rumah ni maka, nak tak nak, sis kena keluar ke kedai utk membeli sotong yang kebetulan memang ada 5 ekor je sotong kat situ. Cantik dan segar juga.. apa lagi, sis terus sambar dan balik ke rumah dgn perasaan puas hati. Di sebabkan 3-4 ekor ni, sampai je di rumah mmg kena paksa mandi dan tukar baju.. silap-silap dalam kereta tempat yang sis duduk pun kena lap sekali tau....
Ok bahan asas semua dah dapat.. satu lagi masalah ialah  nak cari jagung. Jadinya jangan haraplah nak dapat kan time mcm ni.. Takde pulak org datang cod jagung hari ni hehehe. Tapi takpe, kita ganti dengan kacang adamame yang memang ada dlm peti ais sis ni. Ok lah kan, takde warna kuning jagung, kita tukar kaler hijau.. Its not a big deal...



RESEPI SHELL OUT MUDAH
-UTK MAKAN 3 ORG

Bahan-bahan A
3 ulas bawang putih-blend
3 ulas bawang merah-blend
1/2 inci halis-blend
1 sudu kecil cili kisar
2 sudu besar udang kering-rendam dan kisar

Bahan tumis B
2 ulas bawang putih-mayang
1/2 biji bawang besar-mayang(blh guna bwg kecil juga)
1/2 inci halia-mayang
3 tangkai daun kari

Bahan C
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 kiub pati ayam
1/2 sudu besar serbuk lada putih
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 cawan minyak utk menumis+1 sudu besar mentega

Bahan seafood
3 ekor sotong sebesar 2 jari-kerat 2
6 ekor ketam kecil(lebar 3 jari)-
6 ekor udang sederhana

1 biji kentang-kupas dan potong wedges
3 tangkai cauliflower
3 tangkai brokoli
1/2 batang carrot
1/2 biji cili besar merah
5-6 biji cili padi(letak sebiji-sebiji)
segenggam kacang adamame

Cara-cara 1:
1. Panaskan air dalam periuk.
2. Bila air dah mendidih, masukkan ketam dan bila dah masak, angkat dan letak dalam bekas.
3. Ulang langkah di atas dengan masukkan udang, angkat diikuti dgn sotong dan angkat.
4. Celur pula sayur-sayur di atas. Jangan terlalu masak sangat. Celur sekejap je.
5. Dengan menggunakan air rebusan yang sama, rebus kentang hingga empuk. Kemudia angkat.
6. Simpan air rebusan utk proses membuat kuah.

Cara-cara 2:
1. Panaskan minyak dan mentega. Tumis bahan tumis B hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar halus dan biarkan garing dan naik bau. Agak-agak je ye.
3. Taburkan rempah kari dan kacau rata. Masukkan pula serbuk cili.
4. Semasa proses ni, rempah akan serap minyak, tambahkan air rebusan dalam 2 senduk dulu dan biar rempah kari mereneh. Jika kurang minyak, tambahkan sedikit lagi supaya dapat garingkan rempah kari. Bila dah pecah minyak, masukkan kiub ayam,lada hitam dan lada putih. Tak perlu tambah garam kerana kiub ayam dah terasa masin. Biar ianya mereneh lagi. Tambahkan sedikit air rebusan lagi.
5. Bila rempah dan bahan tumis dah pecah minyak, masukkan semua bahan iaitu seafood dan sayur-sayuran.
6. Gaul hingga sekata, tutup api dan sedia dihidang di dalam bekas yang sesuai.

**** Dek kerana terlalu excited buat shell out hari ni, lupa pulak nak snap banyak-banyak gambar hasil masakan hari ni. Dah lah bersungguh plating dalam tray bakar kuih tu, konon-kono nak kelainan lah kan.. tup-tup dah azan, terus makan.. Sudahnya tak nampak lah plating sis menggunakan tray hitam tu hehehe.... Alhamdulillah sedap masakan sis hari ni.. Errmmmmmm dah biasa puji diri sendiri... Kang nak kata en suami puji kang macam cliche sangat kan.. Memang selalu pun dia kata sedap, tak perlu lah nak mansion hari-hari yang en suami puji masakan kita kan hehehe...






#pkpfasa4day5
#1hari1menu
#10ramadhan1441
#quarantineday47
#kita mestimenang
#stopcovid_19
#memoriramadhan2020


KELI BERLADA

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 48, hari ke 7 PKP fasa 4.
11 Ramadhan 2020
Hari ni menu berbuka kami ialah keli berlado. Untuk keli berlado ni kena ada sedikit manis baru rasa feel dia. Tapi tak boleh lah terlebih manis...mmg en suami xleh gang dgn masakan lauk manis ni hehehe..Tapi hari ni sis sedikit derhaka, ye lah kan..xleh nak rasa..Dapat pulak kebetulan cili x pedas..memang kalah la en suami ni...


Resepi Keli Berlada
Bahan-bahan:

5 ekor ikan keli-gaul garam kunyit dan tabur sedikit tepung jagung
-goreng hingga garing, ketepikan

3 ulas bawang putih**
3 ulas bawang merah**
3 biji cili besar warna merah**
10 ulas cili padi**
7 tangkai cili kering-rendam air panas**
(Kisar semua bahan bertanda).

1 biji bawang besar-dimayang

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak (lebihkan sikit minyak supaya senang nk garingkan cili).Semasa menumis, agak2 x cukup minyak, blh tambah lagi
2. Masak hingga cili dan bahan tumis pecah minyak
3. Tambahkan garam dan sedikit gula.
4. Masukkan 1 sudu cili sos utk kilatkan sambal.
5. Masukkan bawang besar dan siap..
6. Bila dah tutup api, biarkan cili sejuk. Masa ni cili akan banyak terasing. Cedok dgn senduk untuk buang minyak yang bertakung.
7. Cara kedua, tuang cili tadi dalam tapis santan dan tadah di bawah dgn mangkuk. Minyak akan tos ke dalam mangkuk. Ambil cili saja dan tuang ke atas ikan tadi. Kalau nak ada minyak2 sikit, ambil minyak yg ditakung td dan tuang 2-3 sudu ke atas sambal cili...



KUEY TEOW GORENG SIMPLE

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 49, hari ke 7 pkp fasa 4.
12 Ramadhan 2020
Hari ni menu kita kuey teow goreng je. Apapun Alhamdulillah dgn rezeki yang ada. Tak larat nak makan nasi sangat sebenarnya jadinya kita selang selikan antara nasi dan mee ke bihun ke kuey teow ke kan....
Ceritanya, hari ni kita makan key teow dan kuih pemanis mulutnya ialah bingka labu.


RESEPI KUEY TEOW GORENG SIMPLE
Bahan-bahan:

3/4 bungkus kuey teow-di basuh dgn air paip je, ditoskan.(sebungkus tu ambik 3 bhg je), sbb kitorg bertiga je
4 ekor udang besar
2 ekor lebihan sotong hr tu_kerat 3
10 biji bebola ikan-belah 2
5 ulas bawang putih diketuk dan cincing halus
1/2 biji bawang besar-dimayang
3 sudu cili kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 sudu besar cuka
segenggam taugeh-yg sis tanam tu kan hehehe
daun kucai-lbh kurang 2 cawan camtu
daun sup, daun bawang dan cili merah sbg hiasan. 
1 keping tauhu-potong nipis dan goreng,angkat dan asingkan. Boleh tabus atas kuey teow yang dah masak ataupun gaulsekali dlm kuey teow nanti.
3/4  cawan air.(kurang lebih lah airnya, x perlu nak habiskan pun takpe)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga masak.
2. Masukkan udang, sotong dan fishball
3. Masukkan sos tiram, kicap manis, cuka dan sedkit garam. (hati2 sbb bahan sos tu dah masin. Sis letak garam dalam suku sudu je. Tak letak pun takpe kot.
4. Masukkan air. Biarkan didih sekejap.
5. Masukkan kuey teow dan daun kucai serentak sbb taknak kedua-duanya terlebih masak.
6. Gaul rata dan masukkan taugeh. Kacau sekejap dan tutup api.
7. Sedia dihidang dlm mangkuk. Hias dgn daun sup, daun bawang dan cili besar. Taburkan juga tauhu yg digoreng tadi. Selamat berbuka semua...






BINGKA LABU

$
0
0
Assalamualaikum wbt.
Hari ni pkp ke 49, hari ke 7 pkp fasa 4.
12 Ramadhan 2020
Sis nak belanja resepi bingka labu yang sis cedok dari myresepi.com di mana resepi ni adalah sumbangan blogger terkenal chef Hanieliza.
Sis suka resepi ni sbb ianya tidak menggunakan susu. Ada resepi yang guna campuran susu dan santan. Sis ni, kalau bahan berasaskan susu ni, memang kurang sikit lah.. Sis masuk kan resepi kat sini sbb nak dijadikan panduan, bila next time nak buat bingka labu ni..Takdelah tercari-cari google sana sini nk dptkan resepi yang menpati citarasa. Yang bestnya, adunan ni tak besar sangat. Sesuai lah utk makan family ber4 atau berlima. Kat rumah sis ni, yang makannya berdua je..En suami memang tak kawan dgn kuih-kuih manis ni. Jadinya, kita pass kat jiran depan, balas bekas yg dia bagi semalam. Sebenarnya, hari tu sis bg kuih tepung pelita letak dlm bekas pack pluss yg mcm bekas taufufah versi segi emat tu dgn harapan, tak payah le dia nak pulang bekas. Kita taknak susahkan jiran yg kena fikirkan nak bagi apa lah utk pulangkan bekas. Sudahnya, semalam dia bg laksa konon2 nk pulangkan bekas. So, hari ni alang2 buat kuih ni, kita hantar depan rmh sikit. Tapi serius, bingka labu ni sedap.
 Ajom kita terus ke resepinya .

BINGKA LABU
Bahan-bahan:

1/4 biji labu-Kukus dan lenyek labu tu.
(1 1/4 cawan labu yg dah dilenyek)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula(sis guna gula perang, letak 1/2 cawan gula dan keluarkan 2 sudu gula tu sbb xnak manis).
1 1/2 cawan santan kotak(Kara)-sis ambik 1 cawan santan +1/2 cawan air biasa.
Jgn pekat sgt santan tu.
2 biji telur
1 sd teh esen vanila
3 sudu besar mentega cair
1 sd teh garam
minyak utk gris loyang
bijan utk tabur di atas bingka

Cara-cara:
1. Sis basuh labu bersih-bersih dgn kulitnya sekali sis kukus je labu menggunakan periuk noxxa. Stim dalam 12 minit.
2. Keluarkan labu dan kikis menggunakan sudu dan sukat 1 cawan dan lebih lagi dpt dlm 1/4 cawan. Kalau dapat 1 1/2 cawan pun ok je. Lagi banyak rasa labu lagi sedap.
3. Masukkan labu dan santan. Kemudian masukkan semua bahan spt telur, tepung, garam, esen vanila, mentega cair dan gula. Kisar lagi hingga bahan semua sebati.
4. Tuang dalam loyang yang sesuai. Sebelum tu sapu loyang dgn minyak masak. Sis guna loyang acuan cup cake dapat 7 biji dan spring form cheese cake saiz 4 inci.
5. Tabur bijan di atasnya dan bakar api atas bawah suhu 180C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak.





MEE DAN KUEY TEOW SOTO

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni ngam-ngam PKP ke 50. hari ke 8 pkp fasa 4.
13 Ramadhan 2020
Sebenarnya hari ni plan sebelah paginya nak oder nasi kerabu. Maklumlah... sejak PKP ni dah 49 hari sis masak tanpa cuti.. Tak miss tau.. Sis rasa bukan sis sorang je macam tu... Since kedai2 pun memang tak bukak. lainlah kalau ada yang oder online dan cod kan.. So sis pun tetiba teringin jugak lah nak beli makanan yang blh cod depan rumah.. Tup tup belah tghari tokey nasi kerabu jawab, tak sempat cod area Masjid Tanah. Adoiyai... Buntu lah pulak nak masak apa kan...

Dalam pada tu, otak ni berjalan je, dok pikir nak masak apa. Maka terlahirlah..menu hari ni... Mee Soto. Alang-alang mee pun ada dan bahan2 sampingan pun ada, makan sis anak beranak pun berkayuh lah tak berhenti macam lipas kudung sejak pukul 6. Maklumlah..bahan utk buat mee soto ni memang banyak.. Dengan supnya, siat-siat isi ayam, celur sawi, goreng tauhu(takut dah lama dlm peti ais, so kena goreng garing..Alhamdulillah mujur tauhu ni elok lagi), dgn begedilnya, bawang gorengnya, dsb. Memang menggelupur lah nak setlekan dlm masa 1 jam ni kan. Dalam pada tu, anak sis nk buat cek mek molek yg kerja pun memang renyah.. lenyek keledek, gaul tepung dan buat bentuk.. Pastu nak goreng pulak.. Siap satu part. Beralih pulah kepada buat begedil, time tu jugak lah baru nak siang bawang kecil, utk buat bawang goreng, rebus kentang(x sempat nak goreng dah), stim masuk noxxa  5 minit, lenyek dan gaul bahan sebelum dibentuk buat begedil. Sambil2 tu sis celur mee kuning dan kuey teow yg ada sikit, panaskan minyak utk goreng begedil..Sambil si anak buat sambal kicap.. Adoiyai..memang betul2 bersilat ni..bukan main-main tau.. Ngam-ngam pukul 7 siap hidang dalam bekas cantik-cantik. Ada masa lagi, dok kenangkan en suami yang tak makan kuih manis cek mek molek ni, sis kupas keledek utk di goreng sambil si anak, bancuh tepungnya. Panaskan kuali, goreng dan siap!! Ngam-ngam masuk waktu berbuka. Fuhhhh berpeluh jangan citer. Macam masuk rancang MASTERCHEF pulak. Siap plating, azan berkumandang... Hahaha, tq sudi baca sampai habis cerita sis ni...

Ceritanya, utk resepi mee soto atau mee sup ni, blh lah tekan link di bawah ni.
https://jumeezaila.blogspot.com/2020/03/bihun-soto-kuarantin.html

Sebenarnya, pada sis mee soto ke mee sup ke, macam sama je kan.. Kalau mee sup ni, selalunya takde lah letak begedil dan su un rangup ni. Biasanya mee sup ni lbh kpd letak sayur dan bebola ikan di dalamnya. Sayur pun biasanya akan letak sekali dalam sup tu. Macam kita oder makan kat kedai tu kan. Alahhh tak kisah lah kan..janji menepati apa yang kita nak makan tu.

Sebenarnya, dlm kelam kabut nak berbuka ni.. masa plating, sis sempat ambik gambar kuey teow je. Sebabnya, kuey teow ni ada lebih sikit lagi, so dapatlah semangkuk utk sis Yang 2 beranak lg tu makan mee sup/soto. terlupa nak ambil gambar cantik-cantik hehehe...


Bahan-bahan
A)
Celur mee kuning dan kuey teow dangan air panas mendidih. Ketepikan


B) Bahan Sup

2 keping dada ayam-rebus ayam. bila dah masak, keluarkan dada ayam dan carik-carikkan.

5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci halis
rempah 4 sekawan
1 sudu rempah kurma-ada dlm simpanan dh beli lama-expired 2021
2 sudu rempah sup-sama mcm rempah kurma juga
1 ketul kiub ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara: Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumis empat sekawan. Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk dan ditumis hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan rempah sup dan tuang sedikit air supaya rempah tadi tidak hangus. Kacau hingga naik bau, masukkan ayam. Kacau rata dan masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam cukup masak. Keluarkan dada ayam dan carik-carikkan isinya. Ketepikan. Jangan lupa masukkan kiub ayam(xde pun takpe) dan garam secukupnya. Lagi lama reneh, lagi mesra rempah ratusnya..hahaha betul ke ayat tu. Bila sup dah masak, tutup api dan ketepikan.

C) dada ayam yang telah direbus tadi dicarik-carikkan.
 Ketepikan.

D) Begedil
2 biji kentang sederhana. Stim guna periuk noxxa dalam 7-8 minit. Kemudian tumbuk. Masukkan dalam bekas.
4 ulas bawang kecil dimayang
1 ulas bawang putih dimayang.
-Goreng bawang. Bila dah garing, angkat dan masukkan ke dalam bekas kentang yg telah ditumbuk tadi.
-2 sudu besar udang kering-ditumbuk halus dan masukkan dalam bekas kentang.
-sedikit daun bawang dan daun sup diracik dan dimasukkan ke dalam bekas kentang.
Garam secukupnya.
1 biji telur (utk goreng)

-Gaul sebati bahan-bahan tadi. Buat bulat-bulat dan dileperkan macam piring terbang tu ye.

Panaskan minyak secukupnya.
Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dan kacau sebati. Celup begedil dgn telur dan goreng dengan api perlahan. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

D) Sambal kicap
Segenggam cili api(ikut kepedasan masing-masing). Nak cakap secubit mcm nak ambil garam pulak. Nak kata beberapa biji, tak bilang pulak cili tu hahaha...
5 ulas bawang putih-goreng sebiji-sebiji. (jangan ko tumbuk dan tumis bawang putih mcm nak goreng sayur pulak....)

Masukkan cili dan bawang putih, tumbuk hingga lumat. Kali ni masuk blender kering tu dan kisar. Nak cepat...Tuang dlm 1/2 cawan kicap lemak manis. Perah air limau nipis atau lemon atau limau kasturi. Jangan la letak limau purut pulak. Perasakan dengan garam dan gula. Mesti ada rasa masin, manis dan masam. Biar sebati. Masukkan dlm mangkuk sesuai dan sedia dihidang








 Oleh kerana sis makan kuey teow, makanya banyak gambar kuey teow je lah yang sis snap kan hahahah... ok lah kan..tak kacau mangkuk orang lain..

KUIH CEK MEK MOLEK

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 50,
13 RAMADHAN 2020
Sis masih lagi meneruskan kerjaya sebagai tukang masak. Hehehe..sebenarnya seronok je bila dah masuk dapur..Sebolehnya berusaha untuk menghasilkan masakan yang terbaik,yang dimasak dgn penuh kasih sayang. Bila masakan kita menjadi dengan jayanya, sedikit rasa bangga dalam diri ini. Bukan niat untuk menunjuk tapi cukup sekadar merasa kepuasan tu dlm diri. Hanya yang mengalaminya sahaja yang memahami apa yang sis maksudkan.

Tugas sis ni, hari-hari dok melayan anak sis nak masak apa utk juadah sbg pelengkap berbuka puasa. Biasanya manisan lah. Ni yang membuatkan sis rasa seram ni, manis2 ni alamatnya makin naik la badan sis ni.. Macam mana lah berat nak turun kan... hahahah diet la sangat.

Ok jom lah kita tengok resepi kuih cek mek molek ni. Kuih ni sangat sinonim dgn makanan org Kelantan. Memang kuih ni kelahiran dari Kelantan ye... memang dah dipaternkan.. jangan sesapa nak claim cakap kuih ni femes kat Melaka ke, Pahang ke, Johor ke kan...Nanti org Kelantan marah tau.. Tapi kuih dari bahan yang sama ni blh dibuat kuih keria yang menjadi trade mark org Melaka. Dapatlah di sira dgn gula melaka, maka terhasillah kuih keria Antarabangsa yang sgt femes di Limbongan Melaka. Blh beratus panjang kalau nak beli tiba musim cuti.


RESEPI CEK MEK MOLEK

200 gram keledek di rebus hingga empuk. letak sedikit garam
3-4 sudu besar tepung gandum (tak letak banyak tpg supaya rasa keledeknya)

Cara-cara:
Keledek direbus hingga empuk. angkat dan dilenyek hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul sebati. Buat bulat dan tekan lubang ditengah untuk masukkan gula. Sis guna gula perang je kurang sikit manisnya kekononnya lah...
Dengan hati-hati, tutup lubang yang isi gula tadi dengan hati supaya gula tak terkeluar. Kemudian buat tajam di hujung kiri dan kanan. Ha tengok lah dalam gambar tu. Tak tau caner nak describe nya. hahahaha...
Bila dah siap, panaskan minyak secukupnya dan goreng hingga masak.. Angkat dan sedia dihidang.




 Oleh kerana en suami sis tak suka makanan yang manis, makanya sis buat kan keledek goreng utk si dia ni.

Resepi Keledek Goreng

1 ketul keledek, dikupas dan dibelah menjadi kepingan.

2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 camca mentega
sedikit garam dan kunyit
sedikit air utk bancuh

Cara-cara:
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan mentega cair, garam dan kunyit.
Masukkan sedikit air agar menjadi bancuhan yang sesuai utk menggoreng.

Panaskan minyak, masukkan kepinga keledek dan goreng hingga garing. Siap..





AYAM KENNY ROGERS

$
0
0
ASSALAMUALAIKUM WBT
Hari ni PKP ke 51: PKP Fasa 4 hari ke 9
14 RAMADHAN 2020

Hari ni kita buat ayam ala-ala AYAM KENNY ROGERS. Boleh la sis fefeeling makan kat dalam restoran kenny rogers di musim PKP ni. Lama benau dah tak keluar meronda shopping mall ni. Untuk menu berbuka hari ni kita buat ala2 western gitu. Jadinya hari ni kita masak 3 ketul ayam quater di mana ayam ni di belah 4. Kita masak 3 bahagian je.


RESEPI AYAM KENNEY ROGERS

3 suku bahagian ayam-dibersihkan

Bahan perapan ayam:
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
(kisar bahan di atas dgn 1/4 cawan air)

Herba kering campuran secukupnya(oregano, rose mary, dill, taragon)
2 sudu besar lada hitam(blend kasar)
2-3 sudu sos tiram(hari ni sis tak letak)
1 kiub ayam(hancurkan)
garam secukupnya
2 sudu besar madu lebah-blh ganti dgn 1 sudu gula perang
2 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
1. Tuang bahan kisar di dalam bekas yang berisi ayam tadi. 
2. Masukkan garam, madu lebah, herba campuran dan lada hitam. gaul sebati.
3. Perap ayam lbh kurang 3-4 jam(supaya mesra dan sebati bahan-bahan tadi)
4. Masukkan ayam dalam dulang. Letakkan juga 1 sudu besar mentega. 
5. Bakar dalam oven suhu 200C api atas bawah. Letakkan air dlm tray bawah supaya ayam tetap lembab dan ber juicy. 
6. Blh juga masukkan bahan sampingan seperti kentang, lobak merah, keledek dan hirisan lemon
7. Bila hampir masak, masukkan sayur-sayur lain spt brokoli dan capsicum.





SOS BLACK PEPPER(utk hidangan yang kecil)
1/2 biji bawang holand-potong dadu
1 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap pekat manis(kicap masin taknak)
1 sudu besar sos cili(selalunya sis tak letak pun)
1/2 cawan susu segar(tak letak pun takpe)
1 1/2 cawan air
1 sudu mentega
Beberapa helai daun bay(kalau takde, abaikan)

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam periuk sederhana.
2. Tumis bawang holand hingga kekuningan
3. Masukkan tepung gandum dan biarkan kekuningan
4. Masukkan air, kiub ayam, sos cili dan kicap pekat manis. Kacau hingga mendidih. Tutup api.
5. Masukkan bahan dalam blender dan kisar hingga halus.
6. Tuang semula dalam periuk tadi dan masukkan susu segar. Nyalakan api dapur.
7. Masukkan juga daun bay dan biarkan ianya mendidih. Perasakan dgn garam(jika kurang masin)
8. Sedia dihidang.




POPIA BASAH INTI UDANG

$
0
0
Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP 51. Hari ke 10 PKP Fasa 4
15 RAMADHAN 2020/1441H
Hari ni menu berbuka kami ialah popia basah dan juga roti bawang putih bersama dgn sup krim cendawan(mushroom soup & garlic bread). Alhamdulillah... takde nasi hari ni, tapi masih kenyang dan bertenaga. Ye lah kan.. kalau ikutkan popia basah ni, ala2 macam sihat dan macro yang lengkap jugak lah. Ada karbo pada tepung dan sayur, ada protein pada tauhu dan udang, dan ada lemak pada sambal(wpun lemak tak sihat sangat hahaha...Makanya nk bagitau yang tak makan nasi pun dah terasa kenyangnya. Ditambah pulak dengan mushroom soup cicah dengan roti bawang putih....

Cerita popia basah ni, dah hapir 10 tahun sis tak buat. Bukan apa...renyah nak buat satu hal..lagi satu, bila tiba bulan ramadhan ni, kami memang suka membeli popia basah yang famous di Ujong Pasir. Boleh kata setiap hujung mingga kami akan beli popia ni... Popia viral yang sedap. Jadinya, memang takde alasan nak buat sendiri kalau yang beli tu berbaloi dengan sedapnya....

Tapi, tahun ni, tetiba terasa nak buat pulak popia basah ni. Permulaan nak buat bancuhan kulit popia ni rasa macam seram sikit lah untuk dapatkan texture yang betul..Maklumlah 10 tahun baru nak buat sekali, memang sah sah lupa skill dan lupa macamana konsistensi bancuhan tu.

Sebelum tu, nak bagi tau, sebagai ingatan kat diri sendiri jugak ni.Maklumlah jarang buat, lelama lupa...bancuhan tepung ni mesti pekat.. tak boleh cair macam bancuh buat sekodok tu. Nanti tak jadi semasa kita nak buat kulit kat dalam kuali nanti. BANCUHAN MESTI PEKAT YE!!!

Kalau nak tahu macamana nak putar kulit tu dalam kuali, blh tgk link ni, yang 10 tahun dulu sis dah tunjuk caranya...
https://jumeezaila.blogspot.com/2010/06/popia-basah.html
Ngam 10 tahun dulu sis buat popia basah.. selepas tu hanya tinggal impian je.. Baru lah hari ni sis buat disebabkan pkp ni. Tapi sebenarnya, sis ni kalau dah start kat dapur ni sis memang enjoy je. Nak nak pulak bila dapat buat kulit ni menjadi cantik je, leka je tangan tu memutar tepung dalam kuali, tahu2 dah habis dah... Rasa nak buat banyak2 je heheheh....tak padan dgn org yang ada cuma 3 ketul je.




Resepi Popia Basah

Bahan-bahan utk kulit:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar cuka makan
1 biji putih telur
3/4 cawan air
sedikit garam
-Bancuh bahan di atas dan perap selama 30 minit
-Selepas 30 minit, panaskan kuali non stick dan ambil sejemput tepung dan pusing dalam kuali. (rujuk blog yang kat atas tu) atau maybe next time sis buatkan video pulak hehehe
-Susun kulit popia bertindan macam dalam gambar.

Bahan-bahan Sambal

2 ulas bawang putih-kisar
1/2 biji bawang besar-kisar
2 senduk cili kisar
1 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar gula
garam secukupnya

-Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing.
-Masukkan kicap, sos cili, gula dan garam. Tutup api dan letak dalam tapis santan utk keluarkan minyak. Ketepikan.

Bahan-bahan isi popia

Kali ni sis buat popia udang.
6-7 ekor udang-buang kulit.
-Panaskan sedikit air dalam kuali. Masukkan udang dan biarkan udang masak seketika. Keluarkan udang dan potong kecil-kecil.(cincang halus)

1 keping tauhu
-Tauhu digoreng. Angkat dan cincang halus. Sis guna chopper je, senang hancur sekata.

Sayur-sayur. Kali ni sis guna sayur segar. Tak perlu celur atau tumis.
*** biasanya diorang celur. Sis nak rasa rangup sengkuang dan lobak merah.

1 cawan sengkuang-diracik halus memanjang
1 cawan lobak merah-diracik halus memanjang

Bawang goreng
6-7 bji bawang merah kecil. Dimayang halus dan digoreng hingga garing.



Bila dah siap semua bahan di atas, ambil sekeping kulit popia, sapu sambal dan letaklah bahan2 yang lain tu. Gulung cantik-cantik dan siappppp....


#pkpharike51
#menuramadhan
#15ramadhan1441
#rmoday51_covid19
#kitamestimenang

Viewing all 147 articles
Browse latest View live